Tuesday, April 14, 2009

Words of Wisdom..

I would like to share something with u guys..
a little words that i receive from my frens..its really motivated my heart..n metally helps me..




Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari duniamelainkan awal dari kehidupan yang baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah disakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba
Kerana merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyumsambil berkata , Aku turut berbahagia untukmu Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..
Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuhEntah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan menyedari
Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan kehidupan yang telah kau buatYang seharusnya ada di dalam hidupmu Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus...meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang kerana kamu dapat berbahagia sewaktu kamu dapat mencintai seseorangLebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri...
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kitaAtau kerana ia tidak mempedulikan kitaMelainkan saat kita menyadari bahawa orang ituAkan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu... Itulah cinta yang sejati.. Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang yang tersedia
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di sekelilingmu Lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari
Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana....Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindu seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan...
Malam Bertandang,
Hati Berbisik Mengenang,
Cerita Derita Yang Daku Pendam,
Kata Menguji,
Cuba Untuk Kusudahi,
Berulang Airmata Membasahi,
Aku Kini Perlu Berdiri,
Walau Hakikatnya,
Pasti Kan Melukai,
Aku Ingin,
Semua Rasai,
Kerana Pengakhirnya Hidup,
Ku Sendiri,
Oh Tuhan Kau Berikan Aku,
Segala Kekuatan,
Meneruskan..Perjalanan..
Biar tak dihargai asal ada harga diri daripada hilang harga diri semata-mata untuk dihargai

No comments:

Post a Comment