Thursday, April 16, 2009

who is sweet thinker?

tertarik dgn blog dari sweet thinker..thanks to u ieqah - blogger dari just a journey..hey2..check this blog..(ku copy yea..cetak rompak nie)

KALAU LELAKI BUAYA DARAT,PEREMPUAN?
Kalau lelaki buaya darat, perempuan adalah? Saya cabar perempuan perempuan memberikan jawapan yang bernas tentang persoalan diatas. Haha. Persoalan ini sebegini memang tiada hadiah disediakan tetapi kalo mintak juga saya bagi akan pelempang berbekas lima sentimeter dalam kat muka tuan puan semua. Kenapa saya mengutarakan persoalan sebegini?
Mudahnya agar minda tuan puan terbuka dan tidak terlalu jumud dalam mentafsirkan suatu perkara (skali buat kesimpulan daaa!). Sebelum tuan puan “read more”, kalau boleh tuan puan sudah punya jawapan tentang persoalan diatas agar tuan puan dapat bandingkan saya seorang yang genius atau tuan puan yang kurang pandai. Ahhahhh!
Tentang persoalan diatas, jawapan saya adalah agak mudah dan ringkas. Kalaulah lelaki itu buaya darat, perempuan adalah bangkai! Setuju tak? Alkisahnya begini. Dalam mentafsir lelaki bagi dijadikan pasangan hidup, kita harus melihat lelaki dalam suatu konteks yang luas dan bukan menyempitkan nya. Kita tidak boleh melabel lelaki itu miang, lelaki itu gatal atau lelaki itu buaya darat semata mata atau sesedap mulut.
Sebabnya adalah mudah. Ditakdirkan cik puan cik puan bercinta dan mendapat lelaki yang miang atau buaya darat… puan puan tidak sama sekali harus menyalahkan lelaki tersebut. Ini kerana yang harus dipersalahkan adalah cik puan cik puan sendiri. Bukankah buaya itu sifatnya memakan bangkai. Jadi cik puan cik puan haruslah mensuspectkan diri sendiri mengapa cik puan cik puan mendapat seorang buaya.
Mungkin cik puan sudah tidak suci? Mungin cik puan sudah meng chup chap chup chap dalam kehidupan yang lepas? Mungkin cik puan gemarkan perkahwinan dengan tangan? Siapa tahu. Jadi pandai pandailah suluh lampu kat diri sendiri sebelum kasik hi beam kat orang.Mudahnya, kalau cik puan bukan dalam kategori bangkai… elakkan la menghulur salam perkenalan dengan lelaki lelaki buaya.
Jika skang cik puan cik puan tak kenal erti cinta dan terlampau naif, jangan sesekali hendak bercinta tanpa merujuk kepada pakar iaitu saya. Rujuk la saya, kerana saya memandang tinggi perempuan naif. Hehe. Memetik dari ayat al quran, seorang penzina hanya layak untuk penzina yg lain. Berdasarkan ayat itu, amat jelaslah tentang persoalan yang dikemukan oleh saya. Bukan saya bermaksud hendak memandai mandai, tapi tuan dan puan fahamilah betul betul.
Sebagai kesimpulan: kepada lelaki ~ jangan impikan isteri sebaik fatimah jika kamu sendiri tak sealim ali! kepada perempuan ~ jangan impikan suami sebaik sweet thinker jika kamu tak sehawt Nicole Scherzinger.

2 comments: